Permohonan/Penggantian Sijil TVET

There is no translation available.

Politeknik

1. Sekiranya saya kehilangan atau ingin mendapatkan kembali salinan Sijil/Diploma Politeknik dan di manakah saya boleh mengambilnya semula?

Untuk makluman pihak tuan, kawalan Sijil adalah di peringkat Politeknik dan pengeluaran bagi Sijil adalah dari Politeknik masing-masing. Oleh itu,sila hubungi politeknik berkenaan bagi tujuan mendapatkan semula sijil/diploma yang hilang kerana di peringkat Jabatan Pengajian Politeknik hanya menyimpan data Arkib Pelajar Politeknik Malaysia sahaja.

2. Sekiranya Saya mendapati tiada rekod di dalam Arkib untuk melihat data bekas graduan Politeknik, di manakah saya perlu rujuk ?

Pelajar boleh merujuk ke Bahagian Pentaksiran dan Pensijilan, Jabatan Pengajian Politeknik di mana data yang disimpan adalah No pendaftaran pelajar,Nama Lulusan, No Kad Pengenalan, Jantina, Bangsa,Peringkat Sijil/Diploma/HPNM dan Tarikh Lulusan dengan menghantar email di alamat : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Untuk makluman tuan, Laman Web Arkib Graduan Politeknik boleh memaparkan maklumat bekas pelajar Politeknik yang telah tamat belajar

  • Hits: 1183
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 20 September 2019, 19:07:51.