Dasar Pengoperasian Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib (Penangguhan Ke Tahun 1)

There is no translation available.

Penyataan Dasar
  • Penangguhan ke Tahun 1 adalah merupakan satu pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib berdasarkan kohort umur yang diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukannya. Namun demikian, penangguhan ini hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ia merupakan satu cara untuk kanak-kanak berinteraksi di antara satu sama lain.
Punca Kuasa
  • Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
    • Subseksyen 29A(3) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memperuntukkan “Menteri boleh, jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
  • Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.
Kaedah Pelaksanaan
  • Kes permohonan penangguhan kemasukan ke Tahun 1
    • Diputuskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) selaku Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru
  • Kategori permohonan pengecualian ialah : 
    • kes-kes yang tertakluk di bawah Seksyen 29A - merupakan permohonan ibu bapa kohort murid yang lahir pada atau selepas 2 Januari hingga 15 Januari tahun persekolahan semasa; dan
    • kes-kes yang tidak tertakluk di bawah Seksyen 29A - merupakan permohonan ibu bapa murid yang lahir sebelum 2 Januari tahun persekolahan semasa.
  • Pelaksanaan Pengecualian Pendidikan Wajib
    • Pemohon hendaklah mengemukakan alasan-alasan yang munasabah berdasarkan prinsip utama pengecualian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Golongan murid yang diberi pertimbangan khas untuk pengecualian ialah :
    • Murid kaum Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman dan secara tradisinya masih mengamalkan hidup secara berpindah randah;
    • Murid istimewa seperti yang ditetapkan, contohnya melalui Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550); dan
    • Lain-lain golongan yang ditentukan oleh KPPM.
  • Permohonan yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib di peringkat rendah adalah seperti berikut :
    • Murid yang mencapai umur enam tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa yang memohon untuk menangguhkan kemasukan ke Tahun 1 ke tahun berikutnya; dan
    • Lain-lain permohonan.
  • Permohonan dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga kanak-kanak kepada jabatan pendidikan negeri.
  • Murid mesti mengikuti pendidikan rendah di sekolah sehingga keputusan permohonan penangguhan diluluskan.
  • Permohonan menggunakan borang permohonan (Borang PPW 2) dan dokumen sokongan yang disahkan :
    • Satu (1) salinan kad pengenalan bapa (depan dan belakang);
    • Satu (1) salinan kad pengenalan ibu (depan dan belakang);
    • Satu (1) salinan sijil lahir anak (depan dan belakang);
    • Satu (1) salinan bukti pendaftaran kemasukan ke Tahun 1;
    • Satu (1) salinan asal laporan doktor; dan
    • Dokumen lain jika berkenaan.
Tarikh Kuatkuasa
28 Jun 2003
  • Hits: 51007

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 05 August 2021, 23:23:42.
moe