Malaysia Juara Bola Jaring Asia Bawah 21 Tahun

There is no translation available.

Malaysia muncul juara remaja Asia selepas menewaskan juara bertahan Singapura 57-48 pada aksi final Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2019 yang berlangsung di Kashima, Jepun.

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia meluangkan masa bertemu dengan skuad kebangsaan bawah 21 tahun sejurus selepas ketibaan skuad kebangsaan tersebut di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dari Jepun petang semalam.

Dalam pertemuan singkat tersebut, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad kebangsaan kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

Namun beliau turut menitipkan pesanan agar persiapan rapi dan latihan intensif perlu diteruskan secara konsisten sebagai persiapan Kejohanan Remaja Dunia dan Asia pada 2021.

Kejohanan Remaja Asia 2019 adalah platform kelayakan untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia 2021 di Fiji. Malaysia layak mewakili Benua Asia di Kejohanan Remaja Dunia 2021 selepas mengesahkan tempat ke final.

Turut hadir di pertemuan tersebut ialah YB Alwiyah Talib, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan YBrs. Tuan Zainal Abas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

 
 
(UKK 8 Julai 2019)
  • Hits: 1052
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Tuesday 17 September 2019, 11:40:23.