KSU Tinjau Kerja Baiki Sekolah-Sekolah Di Kemaman, Terengganu

There is no translation available.

YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan lawatan pemantauan ke sekolah-sekolah di daerah Kemaman, Terengganu hari ini.

Dalam lawatan kali ini, beliau telah meninjau keadaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai.

KPM sedang mengambil tindakan bagi membaiki kerosakan bangunan yang berlaku di SK Bukit Kuang dan SMK Sultan Ismail. Dalam pada itu, SMK Binjai mengalami masalah mendapan tanah di laluan pejalan kaki di kawasan sekolah. Peruntukan bagi menyelenggara sekolah-sekolah terbabit telah diluluskan.

Turut hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, YBrs Encik Shafruddin Ali Hussin.

 
 
(UKK 7 Julai 2019)
  • Hits: 872
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 21 August 2019, 14:25:06.