Bangunan baharu SJKT Ladang Valdor, Pulau Pinang beroperasi 1 Julai 2019

There is no translation available.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia hari ini mengadakan lawatan ke bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Valdor, Pulau Pinang.

Lawatan bertujuan untuk meninjau keadaan sekolah baharu sebelum sekolah mula beroperasi pada 1 Julai 2019.

Bangunan baharu empat tingkat tersebut menelan kos pembinaan sebanyak RM9.64 juta bakal menempatkan 12 bilik darjah dan lain- lain kemudahan.

YB Puan Teo Nie Ching berkata beliau bersyukur dan gembira kerana setelah sekian lama menanti, bangunan baharu tersebut dapat digunakan untuk manfaat para pelajar.

Lawatan yang berlangsung selama 30 minit tersebut turut disertai oleh YB Puan Kasthuriraani Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan dan YBrs Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

 
 
(UKK 25 Jun 2019)
  • Hits: 1052
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 19 September 2019, 15:18:03.