Kolokium STEM 2019

There is no translation available.

Merupakan satu daripada usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru dalam bidang STEM, Kolokium Pendidikan STEM Kebangsaaan 2019 telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, Pahang. Kolokium telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik hari ini.

Bertujuan bagi meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru bagi memantapkan PdP berkaitan mata pelajaran STEM, Kolokium Pendidikan STEM ini turut memberikan maklumat terkini berkaitan kerjaya STEM untuk disebar luas kepada murid. Di samping itu ia juga bertujuan mewujudkan rangkaian kerjasama antara penggubal dasar, ahli akademik, pendidik, kaunselor, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan program berkaitan pendidikan STEM dan berkongsi amalan terbaik dalam menjayakan pendidikan STEM.

Ketika menyampaikan ucapan, YB Dr. Maszlee berkata universiti merupakan hab penghubung kepada masyarakat dalam pendidikan. "Kita berharap dengan berkembangnya bidang STEM, kita mampu memberikan pendidikan yang menepati tonggak revolusi Industri 4.0 ini. Hal ini bertepatan dengan pekerjaan masa hadapan yang lebih luwes, tangkas, berangkaian dan saling berhubung", tambah beliau.

Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBrs Dr. Habibah Abdul Rahim dan Naib Canselor UMP, Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff.

 
 
(UKK 25 Jun 2019)
  • Hits: 1266
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 20 September 2019, 19:07:51.