Elaun Penghargaan Bulanan RM5,000 Bagi Sasterawan Negara

There is no translation available.

Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup kepada Sasterawan Negara telah berlangsung di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya hari ini.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan hadir pada majlis itu. Cek disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tuan Lim Guan Eng.

Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 sebulan seorang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pembiayaan Elaun Penghargaan bulanan bagi tujuh Sasterawan Negara mulai Jun 2019 hingga Disember 2019.

Bayaran itu akan diteruskan pada tahun-tahun yang seterusnya.

Elaun ini diberikan sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangan para Sasterawan Negara.

Jumaat lalu, YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berkata Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyediakan insentif kepada Sasterawan Negara sebagai usaha mengiktiraf jasa serta menjaga kebajikan karyawan itu.

Katanya, kebajikan mereka perlu dibela kerana telah berjasa dan memartabatkan sastera dan juga Bahasa Kebangsaan.

Antara tujuh Sasterawan Negara yang menerima elaun tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Dr A. Samad Said; YBhg. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh; YBhg. Dato' Noordin Hassan; YBhg. Dato' Dr. Mohd Anuar Rethwan; YBhg. Dato' Dr. Ahmad Khamal Abdullah; YBhg. Dato' Dr. Baharuddin Zainal dan YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Elaun Penghargaan Sasterawan Negara secara bulanan ini diharapkan dapat membantu menjamin kebajikan, memastikan kesejahteraan dan memberi keselesaan kepada semua Sasterawan Negara agar terus menyumbangkan idea pemikiran, keilmuan dan sumbangan karya bermutu tinggi untuk tatapan masyarakat.

Turut hadir pada majlis hari ini, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson.

 
 
(UKK 24 Jun 2019)
  • Hits: 869
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 23 September 2019, 10:34:05.