Pertemuan Tahunan Malaysia-Singapura Eratkan Hubungan Dua Hala Dalam Bidang Pendidikan

There is no translation available.

Sejajar dengan usaha untuk mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang pendidikan, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengetuai lawatan kerja ke Singapura dari 25 hingga 28 April 2019 lalu bersempena dengan Sukan Tahunan KPM-Singapura ke-15. Beliau diiringi oleh dua pegawai Kementerian, YBrs Mohammad Sanusi Abdul Karim, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan YBrs Dr. Kamaleswaran Jayarajah, Penolong Setiausaha Kanan (Hubungan Dua Hala), Bahagian Hubungan Antarabangsa KPM.

Antara program lawatan kerja termasuklah Mesyuarat Dua Hala Malaysia-Singapura dalam bidang pendidikan, lawatan ke National University of Singapore (NUS), Delta Senior School (Sekolah Pendidikan Khas), Institute of Technical Education (ITE) College West dan National Institute of Education (NIE) serta Singapore Botanic Gardens yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama di Singapura.

Lawatan kerja kali ini bukan sahaja merupakan satu pertemuan yang memanfaatkan kedua-dua negara, malah merupakan peluang keemasan untuk mengeratkan dan memperkukuhkan kerjasama, terutama dalam memupuk hubungan dua hala yang mesra antara kedua-dua Kementerian.

Bagi Sukan Tahunan ke-15 ini, seramai 237 orang pegawai KPM mewakili KPM dalam 18 acara dipertandingkan. Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Tahunan ke-16 dan dijangka diadakan di Langkawi, Malaysia.

 
 
 
 
 
(UKK 03 Mei 2019)
  • Hits: 662
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Tuesday 17 September 2019, 08:48:46.