Editor Dewan Masyarakat Abd Kadir Menang Anugerah Penulisan Rencana Cemerlang

There is no translation available.

Editor Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBrs Abd Kadir Mohd Ayub muncul sebagai pemenang Kategori Penulisan Rencana Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2019 (MWM 2019), semalam.

Majlis anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Petronas ini, yang berlangsung di ibu negara telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik.

YBrs Abd Kadir menghasilkan rencana yang mengisahkan dilema perkahwinan bawah umur. Beliau mengatasi empat pencalonan lain dalam Kategori Penulisan Rencana Cemerlang.

Dalam pada itu, dua wartawan akhbar KOSMO!, Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor muncul pemenang Hadiah Kajai. Mereka menghasilkan siri laporan berkaitan pencemaran kilang plastik.

Malah, kedua-dua wartawan itu turut muncul juara dalam kategori kewartawanan alam sekitar cemerlang Petronas.

Berikut adalah senarai penuh pemenang:

1. Tokoh Wartawan Negara - Tan Sri Johan Jaaffar 
2. Hadiah Kajai - Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor (KOSMO!) 
3. Infografik Terbaik - Muhammad Saufi Hassan dan Norsalim Mohamed Dawam (Harian Metro)
4. Desain Halaman Pertama Terbaik - Zulhaimi Baharuddin (The Star) 
5. Kartun Editorial Terbaik - Khairul Anuar Md Nor (Berita Harian) 
6. Kewartawanan Foto Cemerlang - Ahmad Iskandar Kamaruzaman (BERNAMA) 
7. Foto Esei Cemerlang - Mohd Hazrol Zainal (Malaysia Gazette) 
8. Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail - Lee Chonghui (The Star) 
9. Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang - Mohd Azam Shah Yaacob (Harian Metro) 
10. Penulisan Rencana Cemerlang - Abd Kadir Mohd Ayub (Dewan Masyarakat) 
11. Penulisan Kolum/Rencana Pengarang - Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (Berita Harian) 
12. Dokumentari Video Terbaik - Mohd Haidar Ali dan Mohd Heector Mohd Saad (Bernama News Channel) 
13. Laporan Portal Berita Terbaik - Muhammad Zaidi Azmi dan Muhammad Ahirul Ahirudin (The Mole) 
14. Laporan Radio Terbaik - Nurul Asiah Bidin dan Nor Fizawati Zainal (Nasional FM) 
15. Berita Video Terbaik - Rahimah Abdullah dan Mohamad Noor Fitri Mohamed Zainuri (Astro Awani) 
16. Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas - Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed Nor (KOSMO!) 
17. Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang - Mohd Firdaus Ibrahim (Harian Metro) 
18. Laporan Berita Cemerlang - Mohd Firdaus Ibrahim, Syazwan Msar dan Amir Abd Hamid (Harian Metro) 
19. Khas Juri - CEO MalaysiaKini, Premesh Chandran dan CEO Astro Awani, Suhaimi Sulaiman

 
 
 
 
(UKK 26 April 2019)
  • Hits: 544
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 20 September 2019, 19:07:51.