KPM, KKM Mengadakan Program Lahirkan Warga Kerja Aktif Dan Sihat

There is no translation available.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan BookDoc untuk melahirkan warga kerja yang aktif.

Melalui aplikasi BookDoc, warga kerja boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuk mengira langkah seseorang individu bergerak setiap hari dan kekal aktif.

KKM dan KPM akan menyahut cabaran untuk mengadakan pertandingan virtual bagi melihat warga kerja yang melakukan lebih banyak langkah. Pertandingan ini bukan setakat meningkatkan silaturahim antara kementerian, malah akan mengekalkan penjawat awam aktif dan sihat sepanjang masa.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Pelancaran Kompleks E-Sihat Sejahtera di Galeri dan Pekarangan KKM, Putrajaya, yang julung kali dilaksanakan oleh kedua-dua kementerian-kementerian.

Majlis pelancaran petang tadi disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

Selain itu, YB Puan Teo turut sama mengiringi YB Menteri Kesihatan untuk melihat pameran yang diadakan. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti dan pameran kesihatan diadakan seperti Get Active with PS4, Virtual Steps Challenge, saringan kesihatan dan banyak lagi.

Pagi tadi turut berlangsung perlawanan bola jaring antara lima kementerian. KPM muncul juara manakala tempat kedua dimenangi oleh KKM.

Turut hadir, YBhg. Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Brunei dan Singapura; YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

 
 
 
(UKK 19 April 2019)
  • Hits: 1265
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 21 September 2019, 22:35:13.