Timbalan Menteri Pendidikan Terima Kunjungan 16 Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) Dari Daerah Tawau

There is no translation available.

 

Seramai 16 orang Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) dari Daerah Tawau telah diraikan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan pada majlis makan tengah hari di bangunan Parlimen tengah hari tadi.

Pada sesi pertemuan ini, YB Puan Teo turut meluangkan masa beramah mesra dan berbincang berkaitan isu-isu pendidikan di Daerah Tawau serta pentadbiran sekolah-sekolah di Daerah berkenaan.

Selain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, rombongan turut dijadual mengadakan lawatan penanda aras ke SK Sri Petaling, Kuala Lumpur dan SK Gelugor Kerteh, Terengganu.

 

(UKK 3 April 2019)

  • Hits: 674
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 20 September 2019, 19:07:51.