YB Dr. Maszlee Terima Kunjungan Pelajar SMKA Kuala Selangor Di Bangunan Parlimen

There is no translation available.

 
Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik meluangkan masa menerima kehadiran pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor dengan makan tengah hari Bersama mereka, di bangunan Parlimen tengah hari tadi.
 
Rombongan seramai 13 orang pelajar itu ternyata gembira apabila dapat bertemu dan beramah mesra dengan Menteri Pendidikan. 
 
Semasa berucap pada majlis itu, YB Dr. Maszlee menasihatkan mereka agar memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran.
 
Selain makan tengah hari bersama-sama Menteri Pendidikan, pelajar berkenaan juga dibawa meninjau sesi perbahasan Dewan Rakyat dan melawat Anjung Parlimen di aras 17 Menara Parlimen.
 
 
 
(UKK 26 Mac 2019)
  • Hits: 658
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Tuesday 17 September 2019, 11:40:23.