AI-xChange Platform Lahirkan 'Pemimpin Universiti Untuk Masyarakat'

There is no translation available.

YB. Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia malam tadi meluangkan masa berdialog dengan pensyarah muda (felo) lulusan PhD dari 20 Universiti Awam (UA) sempena Sesi Dialog Felo AI-xChange: CEO@Faculty Programme (CFP) 2.0 di Kelab Tasik Putrajaya.
 
AI-xChange: CFP 2.0 dengan tema “Coached by Pros” merupakan salah satu subinisiatif di bawah AI-xCHANGE, yang melibatkan penyertaan 48 orang felo (berumur bawah 40 tahun), yang diletakkan di 26 syarikat swasta, syarikat GLC dan syarikat multinasional (MNC). Penempatan mereka selama enam bulan akan berakhir bulan ini.
 
Dalam sesi ini, YB Menteri Pendidikan berkongsi aspirasi dan harapan beliau untuk melahirkan generasi pemimpin yang mempunyai kesarjanaan yang tinggi dari segi keilmuan dan berupaya menjadi pemangkin perubahan masyarakat.
 
"Universiti adalah medan terbaik bagi mendidik generasi masa depan negara.
 
"Pemimpin yang kita ingin lahirkan dari program seperti AI-xChange adalah pemimpin yang  boleh menghidupkan nadi keilmuan dalam pembangunan masyrakat dan negara,” kata beliau.
 
Katanya, pelbagai kepakaran dan kepimpinan yang ada di universiti boleh memanfaatkan untuk membina dan menyuburkan nilai-nilai bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berperadaban tinggi.
 
"Ini peranan universiti yang kita harapkan,” tambah beliau.
 
Melalui program AI-xChange, para felo terbabit diberi peluang mengikuti dan mempelajari pengoperasian sesebuah syarikat serta mendalami ilmu kepemimpinan CEO bagi mempersiapkan diri sebagai bakal pemimpin peneraju pengurusan tertinggi universiti pada masa hadapan.
 
Turut hadir memeriahkan majlis malam tadi YBhg Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
 
YBhg. Prof. Dr Raha Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Kecemerlangan IPT, KPM; YBhg Profesor Dr. Arham Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri (BHI) dan YBrs Dr. Zaid Omar, Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPMs) juga hadir sama.
 
 
 
(UKK 22 Mac 2019)
  • Hits: 757
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 20 September 2019, 13:04:07.