YB Puan Teo Nie Ching Terima Kunjungan Duta Romania

There is no translation available.

 
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching hari ini menerima kunjungan Duta Romania ke Malaysia, Nistor Constantin Volodea. 
 
Pertemuan selama sejam itu membincangkan kerjasama dua hala diantara Malaysia dan Romania dalam bidang pendidikan. 
 
Turut hadir, Kaunselor merangkap Timbalan Ketua Misi Kedutaan Romania ke Malaysia, Camelia Narcis Tudose; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) YBhg. Dato' Kamel Mohamad dan 
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Haji Mohamad Amin Hamat. 
 
Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan dan Kebudayaan, YBrs Zainal Abas dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBrs Mohamad Sanusi Abdul Karim.
 
 
 
(UKK 22 Mac 2019)
  • Hits: 733
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 20 September 2019, 19:07:51.