• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Tahun 2019

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Tahun 2019

There is no translation available.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019. Sehubungan itu, semua Ketua Jabatan adalah dipohon untuk mengenalpasti Guru Besar yang telah memenuhi syarat-syarat pemangkuan dan seterusnya memastikan pegawai-pegawai tersebut diperakukan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). 
 
Untuk makluman, permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem ePangkat. Permohonan yang dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan ini juga hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus yang telah ditetapkan. 
 
Bagi Guru Besar yang telah diperakukan kenaikan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD pada Tahun 2019 dan sebelumnya adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang telah/ akan dibuka.
 
Iklan boleh mula dimohon mulai 26 September 2019 (Khamis) sehingga 11 Oktober 2019 (sebelum jam 11.59 malam).
 
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan bolehlah merujuk kepada Surat Siaran Urusan Pemangkuan dan Manual Permohonan yang dilampirkan bersama. 
  • Hits: 3490

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 18 November 2019, 16:33:17.