Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM Bagi Tahun 2017 Hingga 2019 (Urusan Cicir)

There is no translation available.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

07 Oktober 2019 (Isnin)

hingga

27 Oktober 2019 (Ahad)

21 hari

·      Tempoh PERMOHONAN DIBUKA kepada CALON

·      Tarikh tutup pada 27 Oktober 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

2.

28 Oktober 2019 (Isnin)

hingga

10 November 2019 (Ahad)

14 hari

·      Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian

·      Tarikh tutup pada 10 November 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

3.

11 November 2019 (Isnin)

hingga

24 November 2019 (Ahad)

14 hari

·      Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 24 November 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

Urusan ini terbuka kepada:

  1. Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERAKUAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.
  2. Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 07 OKTOBER 2019 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).
  1. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

6          Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP DAN TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan dimohon memastikan SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 

Muat Turun LAMPIRAN A