The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2022

There is no translation available.

HEBAHAN MENGENAI THE QUEEN'S COMMONWEALTH ESSAY COMPETITION 2022 - OUR COMMONWEALTH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Royal Commonwealth Society (RCS) kini membuka penyertaan untuk The Queen's Commonwealth Essay Competition 2022The Queen's Commonwealth Essay Competition telah bermula dari tahun 1883 dan merupakan peraduan menulis yang tertua di dunia. Peraduan ini merupakan satu platform yang penting untuk mengiktiraf pencapaian, mempromosi suara anak-anak muda dan mengembangkan kemahiran melalui penulisan kreatif. Pertandingan bagi tahun ini yang bertemakan ‘Our Commonwealth’ adalah bersempena tahun Jubli Platinum serta menyambut 70 tahun Permaisuri sebagai Ketua Komanwel.

3.       Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli negara anggota Komanwel bagi Senior Category (14-18 tahun) dan Junior Category (13 tahun ke bawah). Maklumat lanjut mengenai peraduan ini termasuk syarat-syarat, garis panduan dan maklumat hadiah boleh dirujuk di  Lampiran (774 KB)  dan melalui pautan https://www.royalcwsociety.org/essay-competitionCalon-calon muda yang berminat boleh mengemukakan penulisan melalui pautan Essay competition | Royal Commonwealth Society (royalcwsociety.org)  bermula 15 Mac 2022 sehingga 30 Jun 2022. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pihak penganjur di alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

Flyer The Queens Commonwealth Essay Competition 2022 page 0001

 

Flyer The Queens Commonwealth Essay Competition 2022 page 0002

 

  • Hits: 10585

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 11 August 2022, 17:18:09.