Tawaran Biasiswa Oleh Bank Pembangunan Islam Bagi Tahun Akademik 2021-2022

There is no translation available.

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN TAWARAN BIASISWA OLEH BANK PEMBANGUNAN ISLAM BAGI TAHUN AKADEMIK 2021-2022

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Pembangunan Islam (IsDB) menawarkan peluang biasiswa di peringkat Sarjana Muda (Undergraduate), Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) secara sepenuh masa dalam bidang berkaitan bagi tahun akademik 2021 – 2022. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan melalui tawaran biasiswa ini IsDB akan menanggung bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, kos perubatan di hospital universiti/kerajaan serta tiket kapal terbang ekonomi pergi-balik. Namun begitu, penerima biasiswa Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) terikat kepada syarat tambahan iaitu untuk membayar balik 50% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengajian setelah menamatkan pengajian dan berjaya mendapat pekerjaan yang menguntungkan (gainful employment). Bayaran balik ini boleh dilaksanakan secara ansuran melalui Local Education Trust Fund (LETF) yang telah ditubuhkan oleh IsDB di negara asal penerima biasiswa.

3.         Secara khusus, tawaran biasiswa program Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) bagi tahun akademik 2021-2020 ini memberi fokus kepada bidang berkaitan pembangunan dengan tumpuan utama kepada Sustainability Science untuk menyokong Sustainable Development Goals (SDGSs). Senarai bidang-bidang tumpuan bagi tawaran biasiswa pdf Muat Turun (14 KB)

4.         Calon yang berjaya mendapat biasiswa akan melanjutkan pengajian mereka di universiti di negara asal masing-masing. Namun begitu, pihak IsDB juga boleh menempatkan calon yang berjaya di negara anggota IsDB, selain daripada negara asal calon tersebut. Bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research), biasiswa ini ditawarkan bagi sesi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka di nagara asal calon atau di universiti yang mempunyai kerjasama dengan IsDB seperti berikut:

  1. University of Cambridge, United Kingdom;
  2. Queen Mary University of London, United Kingdom;
  • McGill University, United Kingdom;
  1. Copenhagen University, Denmark;
  2. National University of Uzbekistan, Uzbekistan;
  3. Tashkent University of Information Technology, Uzbekistan; dan
  • Universiti terkemuka di Malaysia, Tukri, Tunisia dan Maghribi.

5.         Bersama-sama ini di lampirkan surat hebahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, surat makluman daripada pihak IsDB, hebahan biasiswa (Scholarship Annoucement), Faedah dan Kemudahan (Benefits and Facilities) dan Kewajipan (Obligations) untuk rujukan dan edaran. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan biasiswa tersebut melalui laman sesawang IsDB (www.isdb.org/scholarshipssebelum 28 Februari 2021 (Ahad) dan untuk sebarang maklumat lanjut boleh dikemukakan terus kepada pihak IsDB melalui alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

  pdf Muat Turun (3.07 MB) Maklumat Lanjut

  • Hits: 4142

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 23 July 2021, 22:19:06.