Semakan Calon Layak Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019
Sukacita dimaklumkan, saudara/saudari yang memohon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019 kini boleh membuat semakan terhadap panggilan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Semakan bagi maklumat tarikh, masa, tempat, etika pakaian dan senarai dokumen wajib dibawa boleh dibuat secara atas talian sahaja:
Pautan: https://biasiswa.moe.gov.my/biasiswa/
Pada: 03 Jun 2019 (Isnin), jam 12.00 tengah hari hingga 26 Jun 2019 (Rabu), jam 12.00 tengah hari
Sebelum menghadiri ujian, calon adalah diingatkan supaya mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
- Membaca dan memahami dokumen ‘Peraturan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG);
- Mencetak dan membawa bersama salinan surat panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG);
- Membawa bersama sesalinan SURAT AKUAN CALON yang diisi dengan lengkap;
- Mematuhi kod pakaian yang ditetapkan;
- Menghadiri ujian pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan; dan
- Membawa bersama semua borang dan dokumen sokongan yang ditetapkan
Urus Setia Biasiswa ISMP 2019
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
01 Jun 2019
- Hits: 10586