Pertandingan National Science Challenge

There is no translation available.

NSC 2022 PosterBM

 

National Science Challenge (NSC) merupakan salah satu inisiatif Akademi Sains Malaysia (ASM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1999 sehingga 2018. Program ini merupakan satu pertandingan sains yang bertujuan untuk memupuk minat dalam kalangan para murid sekolah menengah untuk mendalami bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) selain menyuntik minat mereka untuk memilih kerjaya dalam bidang-bidang kritikal ini. NSC juga merupakan satu pertandingan sains yang utama dan telah mendapat sambutan dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan daripada sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Bertemakan Pembangunan Lestari Untuk Kesihatan Planet Berteraskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE), pertandingan NSC bagi tahun ini dibuka dari 15 April hingga 8 Jun 2022. Pertandingan ini terbuka hanya kepada pelajar warganegara Malaysia berumur 13 hingga 16 tahun. Tiada had yuran penyertaan yang dikenakan kepada sekolah yang bertanding. Sekolah digalakkan untuk menghantar seberapa ramai pasukan yang boleh. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi www.nsc.my.

  pdf Muat Turun Garis Panduan Pertandingan (294 KB)

  • Hits: 7640

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 04 October 2023, 15:35:07.