• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Pengumuman Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022

Pengumuman Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022

There is no translation available.

HLP PPP

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 akan dibuka pada 24 Disember 2021 (Jumaat), pukul 3:00 petang hingga 21 Januari 2022 (Jumaat), pukul 5:00 petang dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan April 2022

Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.  

Sekian, Terima kasih.

 
Cawangan Penawaran
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hits: 24986

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 21 September 2023, 14:05:23.