Pengumuman Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41

There is no translation available.

Lapor Diri PPP

Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pada 10 Jun 2020.

Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :

1.

Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan (ASAL)

2.

 

Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
*Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan
*Hanya  keputusan Laporan Pemeriksaan Kesihatan bertanda 1 sahaja layak  diterima untuk melapor diri.
 

3.

Akuan Berkanun (ASAL)

4.

Surat Aku Janji (SALINAN DIAKUI SAH)

5.

Penyata Kewangan 8 (Kew.8) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri/ Ketua Jabatan yang mencatatkan tarikh melapor diri bertugas sebagai PPP Gred DG41/ DG29 (ASAL ATAU SALINAN DIAKUI SAH)

6.

Surat Arahan Penempatan daripada KPM/ JPN/ PPD (SALINAN DIAKUI SAH)

7.

Ijazah dan Diploma Pendidikan berserta transkrip (SALINAN DIAKUI SAH)

8.

Ijazah Sarjana (Master) dan transkrip bagi tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. Calon diminta untuk mendapatkan status pengiktirafan Sarjana daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.

Harap maklum.

  • Hits: 37909

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 01 December 2023, 12:00:56.