• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

There is no translation available.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH  DIPERAKU LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

PELANTIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) DALAM URUSAN PENGAMBILAN KHAS TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di Modul e-Graduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya. Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Telefon: 03-8884 7145 (Isnin dan Selasa - tiada di pejabat)/ 03-8872 1446 / 03-8884 7741

Terima kasih.
 
 
NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik Sijil Pengajian bagi tujuan verifikasi

Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

Tarikh mula pengemaskinian: 17/06/2022
Tarikh akhir pengemaskinian : 23/06/2022

  • Hits: 2121

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 02 July 2022, 11:41:21.