Pengambilan Calon Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Untuk Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Khas 2016.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju bahawa bagi pengambilan Calon Unified Examination Certificate(UEC) dan Sijil Menengah Agama(SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Khas 2016 dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) dan SMA/SMU bagi bidang pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah(SK) akan diteruskan pada tahun ini.
Sehubungan itu, permohonan untuk mengikuti PISMP ambilan 2016 bagi calon Ambilan Khas tersebut perlu memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti yang telah ditetapkan.
Sebagai syarat tambahan, KPM juga bersetuju bahawa;
- Bagi calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC), mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level(UEC-SML);
- Manakala bagi calon lulusan Sijil Menengah Agama(SMA) atau Sijil Menengah Ugama(SMU) pula, mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga(3) kepujian di peringkat SMA atau SMU
Persetujuan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan dalam bidang-bidang tersebut dan dilaksanakan secara one-off bagi Ambilan Khas 2016. Ia juga diharap boleh membuka peluang kepada calon-calon tersebut menjadi guru bagi kedua-dua bidang ini di sekolah rendah (SJKC dan SK) KPM.
Tarikh permohonan secara on-line akan dibuka mulai 17 Mac 2016 dan ditutup pada 27 Mac 2016 melalui Portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
SYARAT UMUM PENGAMBILAN CALON PISMP BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH DAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN KHAS 2016
Syarat Umum:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016, iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996;
- Calon hendaklah sihat tubuh badan
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah
Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan:
1. Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi lulusan UEC.
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam 3 (tiga) mata pelajaran berikut:
i) Bahasa Melayu Komunikasi
ii) Sejarah
iii) Pendidikan Moral
2. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK) bagi lulusan SMA/SMU
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam 3 (tiga) mata pelajaran berikut:
i) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
ii) Sejarah
iii) Pendidikan Syariah Islamiah
- Hits: 16184