Pencalonan Malaysia Bagi 2nd ASEAN Outstanding Social Welfare and Development Awards (2nd AOSWADA)

There is no translation available.

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PENCALONAN MALAYSIA BAGI 2ND ASEAN OUTSTANDING SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT AWARDS (2ND AOSWADA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menerima sesalinan surat daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengenai pencarian calon Malaysia bagi 2nd ASEAN Outstanding Social Welfare and Development Awards (2nd AOSWADA). Anugerah AOSWADA merupakan inisiatif di peringkat ASEAN yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada satu Non-Governmental Organisation/Civil Society Organisation (NGOs/CSOs) dan satu syarikat swasta dari Negara Anggota ASEAN (AMS) yang telah memberi sumbangan signifikan dalam bidang kebajikan dan pembangunan sosial dalam pencapaian luar biasa. Terma rujukan dan kriteria tambahan pencalonan Malaysia adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

3.         Sehubungan itu, sukacita bagi warga KPM yang berminat untuk mencalonkan NGO/CSO atau syarikat swasta yang memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dimohon untuk melengkapkan borang di Lampiran C dan mengemukakannya kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum atau pada 1 Julai 2022 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

Muat Turun Lampiran  archive Disini (148 KB)

  • Hits: 2323

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 22 September 2023, 15:47:27.