Pelawaan Untuk Sumbangan Manuskrip Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021

There is no translation available.

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (JPPG) bagi tahun 2021. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada bahagian/institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.

3.         Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Manuskrip JPPG mengikut format yang ditetapkan dan Lampiran A: maklumat penulis untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Tarikh akhir penghantaran manuskrip tersebut adalah pada 15 Januari 2021.

4.         Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan JPPG di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi secara emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / ditalian 03-88841228.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

 Muat Turun:

  pdf SURAT PELAWAAN (398 KB)

  pdf Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2021 (995 KB)

  document LAMPIRAN A - MAKLUMAT PENULIS (16 KB)

 

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

URUS SETIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDKAN GURU

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

  • Hits: 4094

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 28 July 2021, 15:44:44.