Pelawaan Untuk Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 15/2020

There is no translation available.

Ruj.Kami   : KPM.100-16/4/3  (75)

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 15/2020

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru bagi Jilid 15/2020. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai/pensyarah/guru daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang artikel berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
  1. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Artikel mengikut format yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan artikel tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel tersebut This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 15 Januari 2020.
  1. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia jurnal di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi ditalian 03-8884 1369 dan email; This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
  1. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru

Bahagian Profesionalisme Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat turun:

pdf Surat Pelawaan (364 KB)

pdf Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2020  (810 KB)

document Lampiran A (16 KB)

 

 

 

  • Hits: 8389

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 22 September 2023, 15:47:27.