Pelawaan Sumbangan Artikel Bagi Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 24 Tahun 2023

There is no translation available.

SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

 Tuan/ Puan,

PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN BPPDP JILID 24/2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP Jilid 24 untuk tahun 2023.

3. Sehubungan dengan itu, Tuan/ Puan adalah dipelawa untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut.

4. Bersama-sama ini dilampirkan   pdf Garis Panduan Penulisan Artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan Edisi 2023  (681 KB) untuk makluman dan rujukan tuan. Sila kemukakan artikel yang ditulis berserta Borang Maklumat Penulis Artikel (Lampiran A) dan Borang Pengakuan Penulisan Artikel (Lampiran B) yang terdapat dalam garis panduan tersebut secara softcopy ke alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023 (Jumaat).

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Penyelaras Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 03-8872 1572/03-88846403.

Sekian, terima kasih.

Penyelaras Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Sektor Penyelidikan dan Penilaian Dasar
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hits: 1982

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 27 May 2023, 16:29:13.