• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Pelawaan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2022

Pelawaan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2022

There is no translation available.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2022

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa  pencalonan daripada kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Gunasama dan Jawatan Kader) untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa sesi 2022

3.               Pegawai yang berminat boleh melayari laman web JPA di pautan http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 22 Mac 2021 sehingga 16 April 2021. Kemudahan penajaan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di KPM. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan bil. JPA(I)S.175/22/1 Klt.16(6) bertarikh 22 Mac 2021 untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut.

4.         Permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetakPemohon hendaklah menyediakan sebanyak tiga (3) set dokumen (setiap set dokumen yang lengkap mengandungi Borang Permohonan, Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan) dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 6 April 2021 (Selasa) kepada:

            Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
            Cawangan Latihan dan Kompetensi
            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
            Kementerian Pendidikan Malaysia
            Aras 4, Blok E12, Kompleks E
            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
            62604 Putrajaya
            u.p.: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali

5.        Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama 
:
Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas
Tel.
:
03-8884 7931
E-mel 
:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
 
Nama 
:
Puan Paridah binti Ali
Tel.
:
03-8884 7947
E-mel 
:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Urus Setia Latihan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

pdf Muat Turun Surat Edaran HLP Sesi 2022 (623 KB)

  • Hits: 4509

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 24 July 2021, 22:26:15.