• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa Tahun 2020

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa Tahun 2020

There is no translation available.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPENUH MASA TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil atau Diploma Kemahiran (TVET), Diploma atau Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Tahun 2020.

3.         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2(6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM untuk makluman dan rujukan. Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 30 April 2021.

4.         Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA  Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  3. Surat tawaran dari pusat pengajian;
  4. Senarai penuh mata pelajaran yang bakal diambil;
  5. Kalendar akademik pengajian;
  6. Surat lantikan ke Perkhidmatan Awam;
  7. Salinan Buku Perkhidmatan yang lengkap;
  8. Borang pengesahan berpindah dan kebenaran membawa keluarga;
  9. Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkenaan);
  10. Borang Pengakuan Kesihatan JPA atau borang pemeriksaan kesihatan pusat pengajian - disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah;
  11. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara - bagi Ijazah Pertama;
  12. Salinan Sijil Kolej Komuniti/Sijil TVET dalam bidang yang sama - bagi Diploma TVET;
  13. Borang Pengesahan Maklumat Pengajian TVET - bagi Sijil dan Diploma TVET; dan
  14. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

6.         Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 45 hari sebelum pendaftaran pengajian pegawai kepada:

 Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Profesionalisme Guru
Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Shaharudin bin Said

7.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham
No. Tel.          : 03-8872 1514
Emel               : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nama             : Puan Paridah binti Ali
No. Tel.          : 03-8884 7947
Emel               : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nama             : Encik Shaharudin bin Said
Emel               : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

8.         Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Urus Setia Latihan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-887 21514/03-8884 7947
Faks: 03-8884 7925

 

Muat Turun Surat Edaran

Muat Turun Syarat PPKP Sepenuh Masa

Muat Turun Garis Panduan PPKP

 

  • Hits: 2178

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 27 May 2020, 10:55:11.