[Ralat] Pelawaan Kemudahan Penajaan Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Bukan Guru Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran Secara Sepenuh Masa Sesi 2020 (Dikemas kini pada 24 April 2019)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Gunasama (PPG) dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama (PPBG) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon kemudahan penajaan di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) (dalam dan luar negara) Secara Sepenuh Masa Sesi 2020.
Pegawai yang berminat boleh melayari portal eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 19 April 2019 sehingga 17 Mei 2019. Kemudahan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pensyarah Universiti dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di KPM. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan bil. JPA(I)S.175/22/1 Klt. 14(2) bertarikh 19 April 2019 untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan didalam surat pelawaan tersebut.
Permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada. Bagi pegawai-pegawai jawatan kader, permohonan perlu melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM dan Bahagian ini akan memanjangkan permohonan pegawai kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) set dokumen, empat (4) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian dan empat (4) salinan Soalan Ekspektasi Penajaan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 10 Mei 2019 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari kepada:
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali
Pegawai di Jabatan Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 9, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
u.p.: Puan Noorzuliyana binti Yusuff
Pegawai di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 5, Galeria PJH, Jalan P4W
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
u.p.: Encik Saiful Azzam bin Abdul Rahim
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:
Nama : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nama : Puan Paridah binti Ali
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nama : Puan Noorzuliyana binti Yusuff
Tel. : 03-88706408
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nama : Encik Saiful Azzam bin Abdul Rahim
Tel. : 03-88919105
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Muat Turun Semua Fail Di Sini
- Hits: 5793