• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Kekosongan Jawatan Deputy Director (Programme and Development), di Pejabat Sekretariat Seameo di Bangkok, Thailand

Kekosongan Jawatan Deputy Director (Programme and Development), di Pejabat Sekretariat Seameo di Bangkok, Thailand

There is no translation available.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman sebagai Deputy Director (Programme and Development) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Semua permohonan adalah tertakluk kepada kelayakan serta kontrak yang ditawarkan oleh Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:

  1. Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A;
  2. Borang Permohonan KPM seperti di  Lampiran B
  3. Post Description seperti di Lampiran C;
  4. Job Application Form seperti di Lampiran D;
  5. SEAMEO Secretariat Staff Rules and Regulations seperti di Lampiran E; dan
  6. Privileges of Professional Staff seperti di Lampiran F.

Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau sebelum atau pada 8 Oktober 2021  (Jumaat) melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di alamat berikut:

                       Setiausaha Bahagian
                       Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
                       Kementerian Pendidikan Malaysia
                       Aras 7, Blok E8, Kompleks E
                        Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
                       62604 Putrajaya
                       (u.p: Sektor Pelbagai Hala/Serantau)

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Sharizad binti Sulaiman di talian 03-8884 6196 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
Muat Turun Lampiran   archive di sini (462 KB)
  • Hits: 3073

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 22 September 2023, 15:47:27.