Kekosongan Jawatan Deputy Director for Programs Di Pusat Serantau SEAMEO Innotech, Filipina

There is no translation available.

YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman sebagai Deputy Director For Programs di  Pusat Serantau SEAMEO Innotech, FilipinaBersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
 
i     Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A;
ii     Borang Permohonan KPM seperti di Lampiran B;
iii    Post Description seperti di Lampiran C;
iv    Job Application Form seperti di Lampiran D;
 
3.  Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau di alamat berikut sebelum atau pada 24 Mac 2023 (Jumaat):
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Sektor Pelbagai Hala/Serantau)
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 
              This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Nur Azwa binti Zynuddin di talian +603 8872 1590 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
  • Hits: 1463

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 29 March 2023, 15:35:08.