Junior Science Enrichment Program (JSEP)

Junior Science Enrichment Programme (JSEP) adalah sebuah program pengayaan yang dianjurkan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM. Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari 26 hingga 28 November 2022. Para pelajar yang berumur 7 hingga 10 tahun dialu-alukan dan tiada syarat penyertaan dikenakan. Program ini adalah bertujuan:
- Membantu pelajar mengembangkan potensi
- Membentuk pelajar menjadi seorang pemikir yang kreatif dalam aktiviti inovasi.
- Menyediakan pengalaman pembelajaran yang holistik di mana pelajar boleh meneroka program akademik di luar kurikulum sekolah.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati aktiviti pengayaan berasaskan STEM yang menyeronokkan
- Memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang mencabar keupayaan kognitif.
Program ini menawarkan 10 jenis kursus iaitu:
- Astrokids
- Be a Scientist
- Crime Scene Investigation
- Introduction to DNA Barcoding
- Junior Automotive Engineering
- Genetic Engineering
- Mathematic is Fun
- Introduction to Robotics
- Up & Atom
- Young Doctors
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM450 yang boleh dilakukan melalui laman web https://jsep.permatapintar.ukm.my/ semasa pendaftaran atas talian. Peserta yang berminat harus membuat pembayaran penuh semasa membuat pendaftaran secara dalam talian. Caj bayaran melibatkan yuran penyertaan, makanan sepanjang program serta bahan-bahan pengajaran.
Aturcara Junior Science Enrichment Program (JSEP)
Masa |
Aktiviti |
8.00 pagi |
Ketibaan |
8.30 pagi |
Minum Pagi |
9.00 – 12.00 tengahari |
Sesi 1 |
12.30 tengahari – 2.00 petang |
Makan Tengahari |
2.00 – 5.00 petang |
Sesi 2 |
5.00 petang |
Bersurai |
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 November 2022 (Sabtu).
- Hits: 2637