• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Jemputan Untuk Menyertai youth Philosophy Webinar -The Declaration of Ethical Principles In Relation To Climate Change Anjuran UNESCO Jakarta

Jemputan Untuk Menyertai youth Philosophy Webinar -The Declaration of Ethical Principles In Relation To Climate Change Anjuran UNESCO Jakarta

There is no translation available.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa UNESCO Jakarta akan menganjurkan webinar bertajuk “Youth Philosophy Webinar the Declaration of Ethical Principles in Relation to Climate Change”.   Webinar ini dikhususkan untuk belia berumur antara 16-30 tahun untuk mempromosikan penglibatan golongan belia dari negara Kluster UNESCO Jakarta (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Timor-Leste) dalam Declaration of Ethical Principles in Relation to Climate Change and Climate Science Literacy.

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang prinsip etika perubahan iklim dan menggalakkan penglibatan lebih ramai belia dalam pelaksanaannya. Selain itu, webinar ini juga merupakan wadah terbaik untuk golongan belia dalam menyuarakan pendapat serta idea berkenaan aktiviti perubahan iklim.

Webinar tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Februari 2023 (Isnin)
Masa : 14:00-15:30 (waktu Jakarta /+GMT 7)
Tempat : Online (Zoom) pautan akan diberikan kepada peserta yang mendaftar
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/YouthPhilosophy


Turut disertakan bersama ini adalah nota konsep serta agenda webinar tersebut sebagai rujukan. 

Sekian, terima kasih.

  archive Muat Turun Lampiran (287 KB)

  • Hits: 1210

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 03 June 2023, 16:23:20.