Jawatan Kosong Di Islamic World Educational, Scientific And Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi

There is no translation available.

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai dua (2) jawatan kosong di Ibu Pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi seperti berikut:

  1. Expert at Sector of Human & Social Sciences, Department of Social Community Development, Gender and Research; dan
  2. Expert at Sector of Human & Social Sciences, Department of Peace & Development

Kontrak jawatan yang ditawarkan adalah tetap dan boleh diperbaharui. Permohonan bagi setiap jawatan ini tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci berkenaan objektif, fungsi, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah seperti di Lampiran I dan II (Recruitment Announcement). Gaji, elaun dan keistimewaan bagi kedua-dua jawatan tersebut di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO Staff Regulations. 

3.       Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke ICESCO melalui alamat emel (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.sebelum atau pada 28 Disember 2022 (Rabu). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai jawatan - jawatan ini, boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian, terima kasih.  

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 
  • Hits: 3065

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 03 June 2023, 16:23:20.