Iklan Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah

There is no translation available.

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,
 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir (JN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dari Bahagian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. /  tuan / puan yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pengarah / Nazir Sekolah di Bahagian ini.

3.         Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke pejabat JN pilihan pegawai. Hanya calon-calon yang memenuhi tapisan akan dipanggil ke temu duga yang diuruskan di setiap pejabat JN. Tarikh tutup permohonan jawatan ini ialah pada 31 Disember 2021  (Jumaat).

4.         Bersama-sama ini disertakan lampiran-lampiran berikut untuk perhatian dan hebahan kepada PPP di Bahagian YBhg. Datuk / Dato’ / tuan / puan :

 

                        i)          Iklan kekosongan jawatan (  pdf Lampiran A (4.37 MB) )

                        ii)         Borang permohonan Nazir Sekolah (  document Lampiran B (51 KB) )

 

5.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan secara e-mel kepada :

 
                        i)        Puan Norazlinawati binti Azmi           :   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
                        ii)       Cik Jumiati binti Jasuri                       :   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
                        iii)      Puan Laila Khalida binti Sadiman      :   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
                        iv)      Puan Kaszuraida binti Kasa Maidin   :   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
SEKTOR PENGURUSAN
JEMAAH NAZIR 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • Hits: 18996

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 22 September 2023, 15:47:27.