• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Tahun 2021 Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Yang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Separuh Masa

Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Tahun 2021 Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Yang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Separuh Masa

There is no translation available.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PROGRAM PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB) TAHUN 2021 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPARUH MASA

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Gunasama dan Jawatan Kader) yang berkelayakan untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Tahun 2021 di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) secara separuh masa.

3.        Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my dan meneliti syarat-syarat serta tatacara permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Permohonan dibuka mulai 22 Jun 2021 hingga 23 Julai 2021. Untuk makluman, kemudahan penajaan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Skim DG). Bersama-sama ini turut disertakan salinan surat pelawaan JPA bertarikh 22 Jun 2021 untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan jua.

4.      Borang Permohonan Dalam Talian HLPSB Tahun 2021 yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak. Pemohon hendaklah menyediakan sebanyak tiga (3) set dokumen (setiap set dokumen yang lengkap mengandungi Borang Permohonan serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan seperti senarai semak di Lampiran 1) dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 16 Julai 2021 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari kepada:

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali)

5.         Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:
 
(i) Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas 
03-8884 7931

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 (ii) Puan Paridah binti Ali 
03-8884 7947
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
Urus Setia Latihan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
 

 

  • Hits: 4885

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 07 December 2023, 09:12:45.