• Home
  • Notifications
  • Announcement
  • Hebahan: Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Bagi PPPT (Skim DH) Di Politeknik, Kolej Komuniti Dan KPM Dan Pegawai Bukan Akademik IPTA

Hebahan: Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Bagi PPPT (Skim DH) Di Politeknik, Kolej Komuniti Dan KPM Dan Pegawai Bukan Akademik IPTA

There is no translation available.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada:

-       Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA.

-       Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA.

-       Para Pentadbir dan Pegawai bukan akademik IPTA bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA.

Sehubungan itu, Pegawai yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang  ditetapkan sebelum membuat permohonan. Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://biasiswa.moe.gov.my/hlp/index.php atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka). Kesemua dokumen sokongan serta borang perakuan Ketua Jabatan hendaklah dimuatnaik kembali dan permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.

Untuk makluman, portal permohonan telah ditutup mulai 18 Julai 2019 hingga 24 Julai 2019 bagi tujuan penyelenggaraan. Permohonan akan dibuka semula seperti berikut:

-       HLP bagi PPPT Secara SEPENUH MASA. Permohonan dibuka mulai 24 Julai 2019 jam 5.00 petang hingga 15 Ogos 2019 jam 5.00 petang;

-       HLP bagi PPPT Secara SEPARUH MASA. Permohonan dibuka mulai 24 Julai 2019 jam 5.00 petang hingga 31 Julai 2019 jam 11.59 malam; dan

-       HLP bagi Staf Bukan Akademik IPTA bagi Para Pentadbir dan Pegawai Bukan Akademik IPTA sahaja. Permohonan dibuka mulai 24 Julai 2019 jam 5.00 petang hingga 15 Ogos 2019 jam 5.00 petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

19 Julai 2019

MUAT TURUN

  • Hits: 8779

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 22 September 2023, 15:47:27.