Commemoration Of 2019 Mine Awareness Day, 3-4 April 2019, Phnom Penh, Cambodia

There is no translation available.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menerima jemputan dari pihak Sekretariat ASEAN berhubung penyertaan ke program "Commemoration of 2019 Mine Awareness Day" yang akan diadakan pada 3-4 April 2019 di Phnom Penh, Cambodia dengan tema "Raising Mines/ ERW Awareness for Peace, Stability and Resilience in ASEAN through Youth Participation". Untuk makluman Tuan/ Puan, program ini merupakan anjuran bersama ASEAN Regional Mine Action Center (ARMAC) dan Association Internationale Des Etudiants En Sciences Economiques et Commerciales (AIESEC).

Pelajar universiti bagi negara anggota ASEAN yang berumur 18-25 tahun adalah dijemput untuk memohon program ini. Tiga (3) pelajar ASEAN akan dipilih bagi menyertai program selama dua (2) hari ini. Pihak penganjur juga akan menanggung penuh peserta-peserta yang terpilih, termasuklah tiket penerbangan (roundtrip), penginapan, elaun harian, makan/ minum serta lawatan. Calon yang berminat boleh mengisi borang penyertaan secara atas talian dan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan kepada http://https//mad2019.aseanmineaction.org/ pada 15 Mac 2019 (Jumaat)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak Tuan/ Puan boleh  melawati laman akaun Facebook ARMAC melalui pautan https://www.facebook.con/ASEANMineAction/  atau menghubungi pihak ARMAC di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sukacita dilampirkan bersama adalah nota makluman serta agenda program berkenaan untuk perhatian pihak Tuan/ Puan. 

 Bil  Perkara   
1.  Call for Participation  MUAT TURUN 
2.  Flyer  MUAT TURUN 
3 Tentative Agenda  MUAT TURUN 
  • Hits: 3059

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 07 December 2023, 09:12:45.