Hebahan Kekosongan Jawatan Pengarah Penyelidik Centre On Integrated Rural Development For Asia And The Pacific (CIRDAP)
Tuan/Puan,
HEBAHAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGARAH PENYELIDIK CENTRE ON INTEGRATED RURAL DEVELOPMENT FOR ASIA AND THE PACIFIC (CIRDAP)
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
- Pihak Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP) telah mempelawa pencalonan dari Malaysia untuk mengisi jawatan seperti berikut:-
Bil.
|
Nama Jawatan |
Tempoh Perjawatan |
Penempatan Jawatan |
Tarikh Tutup Permohonan |
1. |
Director Research |
3 tahun termasuk setahun untuk tempoh percubaan |
Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP), Dhaka City, Bangladesh |
Sebelum atau pada 5 April 2019 (Jumaat) |
- Untuk makluman, CIRDAP yang berpangkalan di Dhaka, Bangladesh merupakan sebuah institusi serantau antara kerajaan yang ditubuhkan pada 6 Julai 1979 atas inisiatif negara-negara Asia dan Pasifik dalam usaha untuk meningkatkan pelaksanaan pembangunan luar bandar secara bersepadu dalam kalangan negara anggota.
- Sehubungan itu, CIRDAP telah menjemput negara anggota CIRDAP dari rantau Asia dan Pasifik untuk mengemukakan pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Pihak CIRDAP telah menetapkan bahawa calon mestilah berkelulusan Ijazah Sarjana (Master’s Degree) dan keutamaan kepada calon yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada universiti yang diiktiraf, berpengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang penyelidikan dan kelebihan juga bagi calon yang berpengalaman dalam bidang lain, mempunyai penerbitan dalam buku dan jurnal yang berkaitan penyelidikan, berkebolehan dalam Bahasa Inggeris, mempunyai tahap kesihatan yang baik dan berumur tidak melebihi 57 tahun (di bawah 60 tahun). Manakala, syarat-syarat lain termasuk kompetensi dan butiran peribadi yang ditetapkan beserta deskripsi tugas dan gaji jawatan adalah seperti pada notis pengiklanan jawatan daripada CIRDAP di Lampiran 1.
- Bersama-sama ini turut dilampirkan salinan surat pelawaan beserta syarat-syarat berkaitan dan borang permohonan daripada pihak penganjur untuk tindakan selanjutnya. Sukacita diingatkan jua, setiap permohonan mestilah turut disertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :-
- Curriculum Vitae (CV) beserta gambar bersaiz pasport ;dan
- Application Form seperti pada Lampiran 2.
- Justeru, calon yang berminat adalah dimohon untuk mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebelum atau pada tarikh tutup permohonan seperti di atas. Kerjasama calon yang berminat juga adalah dipohon untuk menyalinkan permohonan tersebut kepada pihak CIRDAP melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Puan Farah Wahida binti Ahmad Zainudin di talian 03-8891 2116 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sekian dimaklumkan untuk perhatian Tuan/Puan jua.
- Hits: 6682