[Call For Applications] ASEAN Data Science Explorers (ADSE) 2020

There is no translation available.

ADSE Call for Applications 2020

Muat Turun Info ADSE

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

HEBAHAN: [CALL FOR APPLICATIONS] ASEAN DATA SCIENCE EXPLORERS (ADSE) 2020 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat ASEAN (ASEAN Secretariat - ASEC) telah memanjangkan hebahan berhubung panggilan penyertaan ke program ASEAN Data Science Explorers (ADSE) 2020. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, ADSE yang dilancarkan pada tahun 2017, merupakan sebuah inisiatif flagship yang dianjurkan oleh ASEAN Foundation dengan kerjasama SAP. ADSE dilihat sebagai sebuah platform terbaik untuk meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan belia ASEAN. Sehingga tahun 2019, ADSE telah berjaya memupuk kepentingan literasi digital (digital literacy) dalam kalangan mahasiswa dari lebih 250 institusi pendidikan tinggi di seluruh ASEAN. 

3.     Sehubungan dengan itu, pihak ASEAN Foundation dan SAP telah mempelawa mahasiswa-mahasiswa dari negara-negara ASEAN yang mempunyai kebolehan untuk membangunkan pendekatan-pendekatan berkonsepkan data-driven dengan matlamat untuk meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ASEAN untuk menyertai ADSE 2020. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua, ADSE 2020 turut merangkumi segmen program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication technology - ICT) dalam kalangan belia ASEAN serta merapatkan jurang digital di peringkat rantau ASEAN dan antarabangsa. Penganjuran ADSE ini juga adalah selaras dengan komitmen ASEAN di bawah ASEAN ICT Masterplan 2020 dan ASEAN Work Plan on Youth and Education 2016-2020. 

4.         Dalam pada itu, sukacita dikemukakan bersama adalah nota makluman dan poster berhubung ADSE 2020 (seperti di Lampiran) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi terus Mr. Ilan Asqolani, ASEAN Foundation menerusi alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau mengemukakan pertanyaaan melalui alamat e-mel seperti di bawah: 

  • ·  Bagi pertanyaan pentadbiran: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • ·  Bagi pertanyaan teknikal: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5.   Untuk makluman tambahan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, borang pendaftaran bagi penyertaan ke program ADSE 2020 boleh didapati menerusi pautan www.aseandse.org/register

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Hits: 2663

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 25 September 2020, 11:12:01.