Penawaran Biasiswa Asean-Vietnam Ict Scholarship (AVIS)
Untuk makluman, Kementerian Penerangan dan Komunikasi Vietnam melalui Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia (ASEAN-Malaysia National Secretariat – AMNS), Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menawarkan ASEAN-Vietnam ICT Scholarship (AVIS) kepada seorang (1) pelajar dari Malaysia untuk menyambung pengajian bagi Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat selama empat (4) tahun di Posts and Telecommunication Institute of Technology (PTIT), Hanoi, Vietnam bagi tahun akademik 2019-2020. Objektif penawaran biasiswa ini antara lain, ialah untuk (i) menyokong pembangunan sumber manusia di dalam bidang teknologi maklumat dalam kalangan negara anggota ASEAN; dan (ii) meningkatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Sehubungan dengan itu, pelajar yang berminat dipohon untuk mengisi dan melengkapkan tiga (3) set borang permohonan yang boleh dimuat turun di pautan http://cie.ptit.edu.vn.eg/ sebelum 15 Oktober 2019. Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan penawaran biasiswa ini, pegawai yang boleh dihubungi adalah Ms. Van Pham, Koordinator Program melalui alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Cawangan Dasar & Strategik
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
- Hits: 5047