Jawatan Kosong Di Islamic World Educational, Scientific And Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi

There is no translation available.

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi  bagi jawatan Supervisor of the Department of Information Technology. Kontrak jawatan yang ditawarkan adalah bagi tempoh  setahun dan boleh diperbaharui. Permohonan bagi jawatan ini tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci jawatan berkenaan objektif, fungsi, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah seperti di pdf Lampiran I (687 KB)  (Vacancy Announcement) . Gaji, elaun dan keistimewaan bagi jawatan tersebut di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO’s Personnel Regulations. 

3.  Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke Directorate of Administrative Affairs of ICESCO melalui alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum atau pada 5 Mei 20121 (Rabu). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai jawatan ini, boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian, terima kasih.  

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hits: 4300

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 01 December 2023, 12:00:56.