Program Kesihatan Institusi Pendidikan Swasta Wellness Month @ IPS Lembah Klang Tahun 2023

Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, bersama-sama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan KPJ Healthcare Berhad selaku rakan kerjasama strategik akan menganjurkan Program Kesihatan Institusi Pendidikan Swasta – Wellness Month @ IPS di lima buah IPS sekitar Lembah Klang sepanjang bulan September 2023.
Lima buah IPS yang terlibat sebagai tuan rumah adalah:
- 12 September 2023 - Sekolah Sri Bestari (Menengah), Selangor
- 14 September 2023 - Sekolah Menengah Setia Budr, Selangor
- 18 September 2023 - Sekolah Menengah Chong Hwa (Persendirian), WP Kuala Lumpur
- 19 September 2023 - Sekolah Menengah Islam IQKL, WP Kuala Lumpur
- 26 September 2023 - Nexus International School, Putrajaya
Program ini dianjurkan bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation.
Pelbagai aktiviti kesihatan telah dirancang di setiap IPS yang terlibat termasuk pameran, saringan kesihatan asas, ceramah berkaitan kesihatan dan pencegahan penyalahgunaan dadah.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan literasi kesihatan rakyat, khususnya kepada golongan sasar warga guru dan murid di institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM di samping mengukuhkan solidariti promosi kesihatan melalui kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti.
- Hits: 635