• Home
  • Notifications
  • Banner
  • Penutupan Sementara Sistem Permohonan Atas Talian Program Bantuan Kewangan Kurang Upaya (BKOKU) Dan Program Pendidikan Khas (PPK) Bagi Tahun 2019

Penutupan Sementara Sistem Permohonan Atas Talian Program Bantuan Kewangan Kurang Upaya (BKOKU) Dan Program Pendidikan Khas (PPK) Bagi Tahun 2019

There is no translation available.

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Atas Talian Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) (https://biasiswa.moe.gov.my/bk_oku/index.php) bagi tuntutan tahun 2019 akan ditutup sementara mulai 22 Oktober 2019 (Selasa) sehingga 2 Januari 2020 (Khamis) sebagai tujuan persediaan penutupan akaun akhir tahun 2019.

Semua penyerahan dokumen fizikal (Borang Tuntutan / Inbois) bagi permohonan kelayakan tuntutan tahun 2019 hendaklah dikemukakan kepada urusetia sebelum atau selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2019 (Selasa). Proses bayaran kelayakan tahun 2020 akan bermula pada Februari 2020 dan sistem akan dibuka semula bagi pandaftaran dan permohonan BKOKU bermula 2 Januari 2020 (Khamis).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi talian 03-8321 7125 / 03-8321 7126 / 03-8321 7084 / 03-8321 7086.

 

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

16 Oktober 2019

  • Hits: 1667

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 12 December 2019, 16:14:25.