Ziarah Cakna Perluaskan Konsep Sekolah Penyayang
Majlis perasmian Ziarah Cakna peringkat negeri Kedah telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Dalam ucapan beliau berkata, Program Ziarah Cakna bermatlamat untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa serta penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid.
KPM ingin melaksanakan revolusi sifar murid di mana Kementerian perlu memastikan tiada lagi murid Tahun 6 yang tercicir daripada memasuki Tingkatan 1.
Program ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa, guru dan masyarakat dalam mewujudkan budaya baharu yang lebih positif demi kemenjadian murid.
Ini bertepatan dengan 7 teras strategik dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu Strategi Transformasi Modal Insan disesuaikan dengan dasar dan halatuju KPM.
YBrs. Dr. Habibah turut melawat SMK Tunku Bendahara. Turut hadir Encik Abdul Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Mahadhir bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan Encik Ali bin Awang Kechik, Pengetua SMK Megat Dewa.
- Hits: 12247