YB Dr. Maszlee Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik meluangkan masa hampir 30 minit di Nirvana Kuala Lumpur bagi memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh sejarawan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang telah meninggal dunia pada 28 Mei lalu.
YB Dr. Maszlee mewakili seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Mendiang telah berkhidmat lebih 50 tahun di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dan pernah menjadi Pengerusi Sejarah Malaysia pada 1974. Beliau turut diingati sebagai individu penting dalam merangka Rukun Negara dalam memupuk perpaduan susulan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Malah mendiang turut menabur bakti dalam penghasilan pelbagai buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan telah menjadi sumber rujukan utama dalam kurikulum sejarah di Malaysia.
(UKK 31 Mei 2019)
- Hits: 4496