Yayasan TM Bantu Murid Sekolah Berasrama Penuh

There is no translation available.

Yayasan TM (YTM) hari ni telah tampil memberi sumbangan kepada murid-murid Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Cek telah disampaikan oleh Puan Hajah Noraini binti Mansor, Pengurus Pendidikan YTM kepada Ybrs Dr. Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sumbangan berjumlah RM50,000 ini akan disalurkan kepada murid Tingkatan Satu B40 dalam kelompok keluarga berpendapatan 40 rendah (B40) seramai 100 orang di Sekolah Berasrama Penuh.

Hadir sama ialah Ybrs Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) dan Encik Aidie bin Jantan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, KPM.

(UKK 18 Februari 2020) 
 
  • Hits: 4490

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 02 August 2021, 16:21:26.
moe