Tuanku Sultan Mizan Terima Kunjungan Hormat YB Dr Maszlee Malik

There is no translation available.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan menerima mengadap hormat Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik di Istana Terengganu, Kuala Lumpur hari ini.

Pertemuan kira-kira 15 minit ini diadakan bagi memohon perkenan Tuanku Sultan untuk jalinan hubungan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dengan University of al-Qarawiyyin, Maghribi.

Kerjasama adalah bagi membuat salinan menuskrip yang terdapat di University of al-Qarawiyyin untuk mendigitalkan manuskrip-manuskrip yang terdapat di pusat pengajian tinggi berkenaan melalui teknologi yang terdapat di UNISZA.

 
 
 
 
(UKK 29 April 2019)
  • Hits: 3885

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 29 May 2023, 13:43:29.